Jan 31, 2011

AL-QURAN DAN PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.

“dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?”. (Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah ‘ratq’ diertikan sebagai dijahit yang bermaksud ‘dikumpul bersama, dicampur’ dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa ‘Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta.

Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur’an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.

Jan 24, 2011

nama-nama kiamat dalam al-quran

Pertama: Hari Akhir (Yaumul Akhir)

Hari akhir dalam bahasa Arab disebut sebagai yaumul akhir yang bererti hari terakhir dunia ini wujud dan akan musnah selepas itu dan semua manusia akan dibangkitkan selepas peristiwa itu. Dan alam pada ketika itu dinamakan sebagai akhirat.

Kamus Dewan mendifinisikan perkataan akhir adalah sebagai kemudian sekali atau penghabisan. Dari pentakrifan ini dapat kita fahami bahawa hari akhir adalah hari penghabisan bagi dunia dan seluruh alam ciptaan Allah ini.

Dalam al-Quran terdapat banyak penggunaan hari akhir sebagai nama lain bagi kiamat antaranya:

1. Surah al-Baqarah ayat: 126 yang mafhumnya:
” Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim berdoa dan berkata “wahai tuhanku, jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari pelbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya iaitu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhir di antara mereka. Allah berfirman: permohonan itu diterima tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu sementara di dunia, kemudian aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab nereka, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”

2. Surah al-Baqarah ayat: 232 yang mafhumnya:
” Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu lalu habis masa iddah mereka maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan bekas suami mereka, apabila mereka bersetuju secara sesama sendiri dengan cara baik yang dibenarkan oleh syarak. Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci.

3. Surah Ali-Imran ayat: 114 yang mafhumnya:
” Mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhir dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala perkara yang buruk (salah dan keji) dan mereka pula bersegera mengerjakan berbagai-bagai kabajikan. Mereka yang demikian itu adalah dari orang-orang yang soleh.”

4. Surah al-Nisa’ ayat: 38 yang mafhumnya:
” Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjk-nunjuk kepada manusia (riak) dan mereka pula tidak beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhir. Dan sesiapa mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka seburuk-buruk teman adalah syaitan.”

5. Surah al-Nisa’ ayat: 59 yang mafhumnya:
” Wahai orang-orang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan orang-orang yang berkuasa di kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhir.”

6. Surah al- Nisa’ ayat: 136 yang mafhumnya:
” Wahai orang-orang yang beriman, tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasulnya dan kepada kitab Allah yang telah diturunkan kepada Rasulnya (Muhammad) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur dan ingkar kepada Allah dan malaikat-malaikatnya dan kitab-kitabnya dan Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhir, maka ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.”

7. Surah al-Nisa’ ayat: 162 yang mafhumnya:
” Tetapi orang-orang yang teguh dan mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang beriman, sekeliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhir; mereka itulah yang kami berikan kepadanya pahala balasan yang amat besar.”

Kedua: Hari Agama (Yaumu al-Din)

Kamus Dewan edisi elektronik apabila dimasukkan pada entri perkataan al-din mentakrifkan al-din sebagai agama. Kamus dewan juga mentakrifkan perkataan yaumuddin sebagai hari kiamat. Manakala Tafsir Pimpinan al-Rahman terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang diketuai oleh Syeikh Abdullah Basmeih ketika mentafsirkan perkataan yaumuddin dalam kebanyakan tempat dalam al-Quran mendefinisikan yaumuddin sebagai hari pembalasan.

Hari ini dinamakan sebagai hari agama kerana pada hari ini semua manusia dikumpulkan di satu tempat dan akan dihitung dosa dan pahala yang dikumpul di dunia. Pada waktu ini beruntunglah hamba Allah yang menganggap bahawa Islam adalah agama yang syumul yang merangkumi cara hidup di dunia dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan sehariannya serta rugi bagi orang yang menganggap bahawa Islam adalah semata-mata agama yang dianuti tanpa ada kaitan dengan cara hidup seharian.

Terdapat lebih kurang 10 tempat di dalam al-Quran yang menggunakan yaumuddin sebagai gambaran atau nama lain kepada kiamat, antaranya:

1. Surah al-Fatihah ayat: 4
” Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari kiamat) (yaumuddin).”

2. Surah al-Hijr ayat: 35
” Dan sesungguhnya engkau akan ditimpa laknat sehingga hari kiamat (yaumuddin).”

3. Surah al-Syu’ara’ ayat: 82
” Dan (Dia-lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat (yaumuddin).”

4. Surah Shad ayat: 78
” Dan sesungguhnya engkau akan ditimpa laknatku secara terus menerus hingga hari kiamat (yaumuddin).”

5. Surah al-Saffat ayat: 20
” Dan pada saat itu mereka berkata: celakalah kami, hari ini adalah hari pembalasan (yaumuddin).”

6. Surah al-Zariyat: 6
” Dan sesungguhnya balasan amal (hari pembalasan) (yaumuddin) akan berlaku.”

7. Surah al-Waqi’ah ayat: 56
” Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari pembalasan (yaumuddin).”

8. Surah al-Ma’arij ayat: 26
” Dan mereka percaya hari pembalasan (dengan mengerkan amal-amal soleh sebagai bukti).”

9. Surah al-Waqi’ah: 56
” Dan inilah azab yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari pembalasan (yaumuddin).”

10. Surah al-Mudassir: 46
” Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan (yaumuddin).”

11. Surah al-Infitar: 11
” Dan mereka sentiasa mendustakan hari pembalasan (yaumuddin).”

12. Surah al-Tiin: 2
” Dan dengan apa lagi mereka mendustakan hari pembalasan (yaumuddin)?.”

13. Surah al-Ma’uun: 1
“Tidakkah kamu lihat orang-orang yang mendustakan hari pembalasan (yaumuddin).”

Ketiga: Hari Perhitungan ( Yaumul Hisab)

Perkataan hisab menurut Kamus Dewan ialah hitung, perkiraan atau kira mengira. Daripada maksud yang diberikan dapat kita fahami bahawa hari kiamat juga dianggap sebagai hari perhitungan iaitu hari yang amalan manusia ditimbang dan dikira di hadapan Allah s.w.t dan pada hari inilah ditentukan sama ada seseorang itu akan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka.

Pada hari ini semua amalan manusia yang dilakukan di dunia diambil kira dan dibentangkan dihadapan Allah s.w.t sebagai Hakim Yang Maha adil.

kalimah atau perkataan hari perhitungan atau yaumul hisab digunakan sebanyak 4 kali dalam al-Quran. Antaranya:

1. Surah Shad: 16 yang mafhumnya:
” Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ngejek): wahai tuhan kami, segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal.”

2. Surah Shad: 26 yang mafhumnya:
” Wahai Daud, sesungguhnya kami Kami telah menjadikanmu khalifah dibumi, maka jalankanlah hokum di antara manusia dengan apa yang disyariatkan yang benar dan janganlah menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal (yaumul hisab), disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu.”

3. Surah Shad: 53 yang mafhumnya:
” Dan inilah balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai perhitungan amal (yaumul hisab).”

4. Surah Ghafir: 27 yang mafhumnya:
” Dan setelah (mendengar ancaman itu) Nabi Musa berkata: Sesungguhnya akau berlindung Tuhanku dan Tuhan kamu dari angkara tiap-tiap orang sombong dan takbur yang tidak beriman dengan hari hitungan amal (yaumul hisab).”

Keempat: Hari Berlakunya Peritiwa Besar (al-Waqi’ah)

Antara nama lain bagi kiamat ialah al-waqi’ah atau dalam bahasa melayu boleh ditakrifkan sebagai hari berlakunya peristiwa besar atau hari kiamat. Dalam al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan al-Waqiah iaitu surah yang menceritakan bagaimana kejadian kiamat berlaku.

Dalam al-Quran disebut sebanyak 2 kali perkataan al-Waqi’ah yang mengambarkan kejadian kiamat yang cukup dahsyat. Antaranya ayat tersebut ialah:

1. Surah al-Waqi’ah: 1 yang mafhumnya:
” Dan apabila berlaku hari kiamat (kejadian besar) (waqi’ah).”

2. Surah al-Haqqah: 15 yang mafhumnya:
” Dan pada hari itu berlakunya kiamat (waqi’ah).”

Kelima: Saat yang akan berlaku (al-Haaqqah)

Nama kelima bagi kiamat ialah saat yang akan berlaku iaitu hari kiamat. Dalam al-Quran terdapat sebuah surah yang dinamakan dengan nama ini. Jika diteliti kandungan surah tersebut dapat kita fahami bahawa surah tersebut menyatakan dengan jelas bagaimana kaum-kaum terdahulu dimusnahkan.

Antara peristiwa yang diceritakan ialah bagaimana kaunm ‘Ad dan Thamud dimusnahkan dengan rebut yang sangat kuat dan bagaimana kaum nabi Nuh dilenyapkan dari muka bumi ini dengan banjir yang sangat besar.

Dalam al-Quran disenaraikan beberapa ayat yang mendefinisikan kiamat dengan nama al-Haaqah antaranya dalam

surah al-Haaqah ayat 1 hingga 3:
(1) (2) (3)
Yang mafhumnya:
” Saat itu tetap berlaku. Apakah sifat dan keadaan saat yang berlaku itu. Dan apa jalannya dapat engkau mengetahui saat yang akan berlaku itu.

Keenam: Bencana yang menggemparkan (al-Qari’ah)

Nama lain bagi kiamat juga ialah al-Qari’ah yang membawa maksud hari atau bencana yang menggemparkan. Dalam surah ini dijelaskan dengan terperinci bagaimana keadaan manusia pada hari tersebut, bagaimana alam ini dimusnahkan dalam sekelip mata dan balasan yang setimpal bagi orang yang berbuat baik dan jahat ketika kehidupan mereka di dunia.

Nama kiamat ini boleh di dapati dalam surah al-Qariah ayat 1-3:

Yang mafhumnya:
” Hari yang menggemparkan (al-Qari’ah). Apa dia hari yang menggemparkan itu (al-Qari’ah). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui hari yang menggemparkan itu (al-Qariah)?.”

Jan 23, 2011

The Science of Empty Space; Penciptaan Yang Berpasang-pasangan

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui." (Al Qur`an, 36:36)

Meskipun gagasan tentang "pasangan" umumnya bermakna laki-laki dan perempuan, atau jantan dan betina, ungkapan "maupun dari apa yang tidak mereka ketahui" dalam ayat di atas memiliki cakupan yang lebih luas. Kini, cakupan makna lain dari ayat tersebut telah terungkap.

Ilmuwan Inggeris, Paul Dirac, yang menyatakan bahwa materi diciptakan secara berpasangan, dianugerahi Hadiah Nobel di bidang fisika pada tahun 1933. Penemuan ini, yang disebut "parité", menyatakan bahwa materi berpasangan dengan lawan jenisnya: anti-materi. Anti-materi memiliki sifat-sifat yang berlawanan dengan materi. Misalnya, berbeda dengan materi, elektron anti-materi bermuatan positif, dan protonnya bermuatan negatif. Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber ilmiah sebagaimana berikut:

"…setiap partikel memiliki anti-partikel dengan muatan yang berlawanan … … dan hubungan ketidakpastian mengatakan kepada kita bahwa penciptaan berpasangan dan pemusnahan berpasangan terjadi di dalam vakum di setiap saat, di setiap tempat."


sumber; (http://www.2think.org/nothingness.html, Henning Genz – Nothingness: The Science of Empty Space, s. 205)

Jan 22, 2011

Color Digital Quran IQ504 Color Version


Product Features:
7 Qari Recitation
* Sheikh Al-Sudias
* Sheikh Al-Hudaifi
* Sheikh Saad Al-Gamdi
* Sheikh Mohammad Ayoub
* Sheikh Misheri Bin Rashid
* Sheikh Mahir Moaqli
* Waheed Zafer Qasmi with Urdu audio



- 26 Qru'an Translations
Albanian, Azerbaijani, Bosnian, Ducth, Englsih, Finnish, French, German, Hausa,
Indonesian, Italian, Latin, Malaysian, Malayalam, Persian, Polish, Purtuegese,
Russian, Somali, Spanish, Swahili, Tamil, Thai, Transliteration,Turkish, Urdu
Complete Haj and Umrah Guide


- 7 Tafsir Books
* Tafseer Ibne Katheer (Arabic)
* Tafseer Ibne Katheer (English)
* Tafseer Ibne Katheer (Urdu)
* Tafseer Al-Jalalain (Arabic)
* Tafseer Al-Jalalain (Malay/Indonesian)
* Tafseer Al-Qurtabi (Arabic)
* Tafseer Al-Tabari (Arabic)

- 23 Islamic Books
* Saheeh Al-Bukhari (Arabic)
* Saheeh Al-Bukhari (English)
* Saheeh Al-Bukhari (Malay/Indonesian)
* Saheeh Al-Bukhari (Urdu)
* Saheeh Muslim (Arabic)
* Saheeh Muslim (Urdu)
* Rias-as-Salheem (Arabic)
* Rias-as-Salheem (English)
* Rias-as-Salheem (French)
* Sunnen Ibne Majja (Arabic)
* Sunnen Nissaie (Arabic)
* Sunnen Abu Dowood (Arabic)
* Sunnen Tirmizi (Arabic)
* Arabaeen Nawawi (Arabic)
* Arabaeen Nawawi (English)
* Hadeth Qudsi (Arabic)
* Qasas-ul-Anbia (Arabic)
* Al-Kabaer (Arabic)
* Al-Rahiq Al-Makhtum (Arabic)
* Belugh elmaram
* Hisn-ul-Muslim (Arabic)
* Hisn-ul-Muslim (English)
* Ahakm Al-Tajweed

- 9 Font styles
Different Text Styles & Sizes

- Others:
- Qibla Direction of worldwide cities
- Prayer Times with Adhan Alarm
- Voice Recorder and Player
- Clock

- Rechargeable Battery
- Rigid Metallic Casing

Gift Packing:
- Device
- Pouch
- Qibla Compass
- Battery
- User Manual
- Surah Index
- Battery Charger
- Earphones
- USB cable for charging

this product and for more detail ;http://enmac.my/iq504_color.html

dapatkan daripada kami ;
tel authories dealer enmac,
mais- 010-9318500

berita harian; al-quran digital


2010/10/08 NAJIB menerima senaskah al-Quran digital sebagai hadiah daripada Presiden Syria, Bashar al-Assad yang disampaikan Ahmad Badr ketika hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Kewangan di Putrajaya, semalam.

myMetro;Al-Quran import kandungi kesilapan dilarang edar

JEDDAH: Kementerian Hal-Ehwal Islam memberi amaran mengenai kehadiran naskhah al-Quran dari luar negara yang mengandungi kesalahan yang tidak disengajakan mahupun disengajakan di Arab Saudi, lapor akhbar bahasa Arab Al-Hayat, semalam.

Kementerian dilaporkan mengeluarkan surat pekeliling kepada pihak kastam mengatakan Kompleks Raja Fahd yang mencetak al-Quran sudah meneliti bahawa naskhah al-Quran yang dicetak di luar negara dan diedarkan syarikat penerbitan Saudi mengandungi kesilapan kerana sesetengah surah dicetak berulang kali dan ada juga yang tiada.


Pihak berkuasa di lapangan terbang, pelabuhan dan pusat imigresen di sempadan diarahkan untuk menghalang naskhah kitab suci itu dibawa masuk ke Arab Saudi.




Pegawai cawangan kementerian terbabit di Al-Baha, Nasser Al-Badran memberitahu Al-Hayat pengharaman itu dibuat ekoran penemuan kesilapan yang disengajakan mahupun tidak disengajakan dalam naskhah al-Quran dari luar negara. “Sesetengah individu sengaja meletakkannya di dalam masjid walaupun tahu ia mempunyai kesilapan,” kata Nasser.


“Terdapat kesilapan dalam percetakan yang membawa maksud berbeza dan kesalahan ejaan hingga makna satu-satu surah itu salah,” tambah Nasser. - Agensi

Jan 21, 2011

myMetro;Terjemah al-Quran kepada tingkah laku

UMAT Islam perlu mendekati al-Quran bagi mempertajamkan minda dan memperkuatkan peribadi iaitu dengan cara memperbanyakkan membacanya, mendengarnya, memahami isi kandungannya serta menjadikannya sebagai sumber hukum.

Al-Quran adalah sumber rujukan terbaik dalam kehidupan. Dalam kekalutan manusia hidup tanpa panduan, al-Quran datang dan mengajar manusia bagaimana hendak mengurus kehidupan.

Segala-galanya terdapat di dalam al-Quran. Ada secara terperinci dan ada secara umum, yang diperjelaskan hadis. Al-Quran kitab suci yang tetap akan terpelihara daripada sebarang gangguan dan campur tangan manusia.

Ini ditegaskan Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang akan menjaganya.” (Surah al-Hijr ayat 9).


Kandungan al-Quran yang sama seperti dulu sepatutnya dihayati generasi kini agar jenis manusia serupa dilahirkan, iaitu manusia generasi al-Quran.


Inilah kejayaan utama Rasulullah iaitu menterjemahkan al-Quran daripada ayat yang dibaca kepada perbuatan dan tingkah laku. Lahirlah generasi al-Quran yang bergerak dan berada di mana-mana.

Allah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad dan memeliharanya dengan baik. Sejak diturunkan tidak ada satu perkataan atau ayat yang berubah dan ia kekal terpelihara sehingga ke hari kiamat.

Setiap ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad akan disampaikan kepada sahabatnya. Ramai di kalangan sahabat yang terus menghafalnya. Selain itu, baginda menyuruh menulis setiap ayat di atas pelepah kurma, batu atau tulang. Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman barulah al-Quran dikumpul dan ditulis semula dalam bentuk buku yang dinamakan mushaf yang kita pusakai sehingga ke hari ini.

Oleh itu al-Quran selayaknya mendapat layanan istimewa iaitu berupa penghayatan berkenaan melakukan suruhannya serta menjauhi larangannya.

Membaca al-Quran bukan hanya untuk panduan hukum agama saja, malah menjadikannya sebagai buku panduan hidup. Seperkara yang perlu diketahui ialah penemuan baru yang selari dengan penyataan al-Quran malah ia telah lama dinyatakan di dalam al-Quran.

Kalau kita boleh berbangga dengan penemuan sains semestinya kita perlu lebih takjub dengan kecanggihan al-Quran yang mendahului zaman.

Al-Quran menyatakan pengembangan alam yang berkaitan dengan bidang sains. Firman Allah yang bermaksud: “Dan langit kami bangunkan dengan kekuasaan kami sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.”

Ayat berkenaan menceritakan mengenai pengembangan alam, di mana Allah sebut ribuan tahun dahulu.

Teori Big Bang contohnya sudah lama disentuh di dalam al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya”. (Surah al-Anbia’ ayat 30).

Cuba bayangkan hakikat yang ditemui pada abad 20 ini sudah dijelaskan oleh al-Quran sejak 1400 tahun dulu. Segala penemuan ini selari dengan penyataan ayat al-Quran.

Tidak hairanlah sekiranya orang Islam mendahului bangsa lain dari sudut ketamadunan. Ini kerana al-Quran berada di hati mereka untuk memakmurkan alam ini.

Hasil kehebatan al-Quran itulah terbentuknya tamadun di Sepanyol, Turki, Iraq, India, Afrika manakala Barat mempelajari daripada Islam seterusnya mengembangkannya mengikut acuan mereka.

Jan 19, 2011

keistimewaan alquran

Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat Di Hari Akhirat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya".

Melagukan Bacaan al-Quran
Dari Abu Hurairah r.a bahawa dia mengatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Tiadalah keizinan Allah untuk mengerjakan sesuatu yang dapat menyamai izin-Nya kepada nabi s.a.w untuk melagukan bacaan al-Quran".

Kesaksian Malaikat
Abu Hurairah r.a mengkhabarkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Solat berjamaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda. Para malaikat malam dan para malaikat siang berkumpul bersama ketika solat fajar". Kemudian Abu Hurairah berkata:"Jika kamu suka, bacalah ayat al-Quran sesungguhnya bacaan waktu fajar disaksikan oleh para malaikat".

Bacalah 'Zahrawain'
Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)".

Amalkan Membaca al-Quran
Dari Abu Musa r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:"Selalu-selalulah membaca al-Quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya".

Menghayati
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis".

Sujud Tilawah
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka".

Pahala Berganda
Dari Aisyah r.a katanya:"Rasulullah s.a.w bersabda:Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.

evolusi dan alquran

فَقُلْنَا لَهُمْ كُوْنُوْا قِرَدَةً خَاسِئِيْنَ
"Maka Kami firmankan : ,jadilah kamu kera-kera yang dibenci " (hujung ayat 65).

huraian ayat 65, surah al-Baqarah secara langsung, merujuk kepada Tafslr al-Manar. Ia menceritakan tentang akibat kedegilan golongan Bani Israil melanggar perintah Allah yang menyebabkan sifat, jiwa dan perangai mereka kepada sifat dan perangai kera. Walaubagaimanapun perubahan itu tidak melibatkan perubahan fizikal, bentuk atau rupa paras golongan tersebut. Rupa, masih rupa manusia, tetapi perangai, adalah perangai kera, hal ini adalah lebih hina daripada disumpah menjadi kera secara total. Sekiranya kera berperangai seperti kera, ianya tidaklah dibenci kerana sudah fitrahnya begitu. Tetapi dikatakan azab adalah bilamana manusia berperangai seperti kera, menunjukkan jatuhnya martabat kemanusiaannya. Bahkan menurut tafsir ibnu kathir, mereka yang mendapat azab tersebut hanya hidup selama tiga hari dan dibinasakan oleh Allah akan kesemuanya.

kesimpulannya, beruk berasal dari beruk.. dan manusia asalnya manusia.. pendapat yang sebaliknya atau seangkatan dengannya adalah ditolak.

Rujukan : Muhammad Rasyid Rida, ( 1999), Tafsir al-Manar, Beirut: Dar al ~ Kutub al-Ilmiyya h, j. I, h. 281-282.




Jan 18, 2011

sinarharian; KMK pamer al-Quran tulisan tangan terpanjang di dunia

SHAH ALAM - Al-Quran dipercayai terpanjang di dunia adalah antara tarikan utama yang akan dipaparkan menerusi Pameran Kebudayaan dan Kesenian Islam Masyarakat Asia Tengah yang berlangsung di ruang legar Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (KMK), di sini, sejak semalam hingga 30 Januari ini.

Timbalan Pengarah Urusan KMK, Muhd Nasir Hamzah berkata, al-Quran sepanjang 208 meter dan lebar 1.15 meter itu berasal dari China dan ia dimiliki kerajaan Kelantan.

Al-Quran ini ditulis tangan oleh Yousufu Xu Jun dari China dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.

“Saya berharap pengunjung yang hadir ke pameran ini dapat menghayati dan mendalami perkara tersurat yang terdapat di dalam al-Quran tersebut.

“Secara tidak langsung, ia turut membina kemajuan dan tamadun, di samping mengekalkan identiti bangsa kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhd Nasir berkata, pameran itu juga memberi peluang kepada pengunjung menghayati serta menguasai seni penulisan al-Quran atau seni khat dengan baik.

Pameran yang berlangsung dari 11 pagi hingga 9 malam juga menampilkan lima al-Quran milik koleksi peribadi Muhd Nasir.

Pameran tersebut membawa lebih 50 hasil seni, termasuk daripada pelukis Uzbekistan.

http://www.utusan.com.my/Al-Quran bersadur emas di Pameran Artifak Warisan Islam

Al-Quran bersadur emas di Pameran Artifak Warisan Islam

MELAKA 16 Jan. - Orang ramai berpeluang melihat al-Quran bersadur emas yang sedang dipamerkan pada Pameran Artifak Warisan Islam di Balai Syed Sheikh Al-Hadi, Bastion House di sini sehingga 15 Jun ini.

Penolong Kurator (Promosi) Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Nurman Mohd. Baroldin berkata, pameran anjuran Perzim dan Megabroadcast Ventures (M) Sdn. Bhd. itu dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi sehingga 6 petang kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad sehingga pukul 7 malam.

Menurut beliau, mengikut sejarahnya, selama 500 tahun, al-Quran bersadur emas itu telah dibawa oleh orang Islam Arab pada zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyah ke Timur Turkistan (Xinjiang), Yunan, China dan seterusnya ke Tanah Melayu.

"Al-Quran ini dipercayai telah dibuat pada kurun ke-16 hingga ke-18 dalam skrip Nasakh.

"Ia bagaimanapun telah melalui zaman kegelapan pada awal kurun ke-20 kerana pada ketika itu kerajaan China telah melarang pembelajaran dan pengajaran al-Quran," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Tambahnya, pada masa itu, tulisan Arab bersama semua rekodnya telah dibakar termasuk banyak artifak yang mempunyai pengaruh dunia Islam dimusnahkan.

Bagaimanapun, menurut Nurman, al-Quran itu telah berjaya diselamatkan dan menjadi satu-satunya al-Quran yang bersadur emas dari China.

"Naskhah ini merupakan al-Quran saduran emas buatan tangan dengan pengaruh seni Islam yang sangat berharga.

"Ia mengandungi 28 set iaitu 19 hingga 20 keping bagi setiap set dan disimpan di dalam 14 kotak bersadur.

"Saiz setiap kotak adalah 23.5 sentimeter (sm) panjang, 17.5 sm lebar dan tiga sm tebal," jelas beliau.

Tambahnya, tiket masuk untuk menyaksikan pameran al-Quran itu boleh didapati pada harga RM12 bagi setiap dewasa manakala RM5 untuk pelajar dan kanak-kanak.

"Orang ramai juga boleh mendapatkan tiket keluarga yang berharga RM30 untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak," katanya.

alquran dan teori evolusi

Penemuan hasil kajian saintis dalam pelbagai bidang menemukan kebenaran ayat al-Quran berkaitan kejadian alam dan kejadian. Mereka menerima kenyataan al-Quran datangnya daripada Allah, yang mencipta alam ini. Justeru, apa yang terkandung di dalam al-Quran adalah tepat.

Namun, masih ada golongan yang percayakan mengenai teori evolusi. Teori evolusi menjelaskan apa yang ada hari ini berbeza pada masa lalu. Perubahan secara evolusi (perlahan atau beransur-ansur) mengubah apa yang asal kepada satu bentuk lain.

Tidak terkecuali melalui proses evolusi ialah manusia. Lebih mudah dikatakan bahawa manusia asalnya bukan seperti manusia hari ini. Itulah yang dipercayai oleh golongan yang mengagungkan teori evolusi.

Setiap Muslim mesti mempercayai manusia pertama dicipta ialah Nabi Adam. Manusia bukan terhasil melalui proses evolusi daripada makhluk lain yang bertukar menjadi manusia seperti sekarang.

Adam dicipta daripada tanah liat seperti firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat 26 bermaksud: Kami menjadikan manusia itu daripada tanah liat hitam kering, daripada tanah hitam yang berubah baunya.

Manakala sabda Rasulullah pula bermaksud: Kamu semua adalah daripada anak Adam dan Adam daripada tanah. Manusia itu daripada anak Adam dan Allah mencipta Adam daripada tanah. (Hadis riwayat Abu Daud).

Penciptaan Adam dalam keadaan sempurna, yang menjadi bapa kepada seluruh manusia daripada mula hingga ke hari kiamat. Adam dilantik sebagai khalifah di muka bumi dan nabi pertama yang mampu menguruskan kehidupan dan menimba ilmu pengetahuan.

Allah membezakan penciptaan manusia berbanding makhluk lain. Manusia diciptakan dengan kelebihan akal dan nafsu.

Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya. (Surah at-Tin, ayat 4).

Oleh itu tidak tepat jika mempercayai bahawa teori evolusi mengenai asal kejadian manusia. Pembuktian dalam hal-hal lain berkaitan evolusi tidak boleh dijadikan bukti asal kejadian manusia.

Teori evolusi menggambarkan bahawa kejadian manusia berasal daripada beruk atau kera besar. Ketika melalui evolusi sebagai manusia purba, peradaban manusia didakwa belum sempurna. Hidup secara rakus ala alam haiwan, terikut-ikut cara hidup sebelum itu.

Berdasarkan teori evolusi, jika Adam dianggap manusia pertama yang sempurna, maknanya Adam dilahirkan oleh generasi beruk sebelum itu. Ini jauh sekali daripada apa yang dijelaskan oleh Allah Adam (manusia) dicipta daripada tanah.

Kadar evolusi manusia juga didakwa berbeza-beza mengikut keturunan berdasarkan warna kulit. Menurut fahaman Darwinisme (kepercayaan terhadap teori evolusi), bangsa kulit putih lebih tinggi dari segi evolusinya daripada orang berkulit hitam.

Inilah sebab dijadikan alasan mengapa kaum kulit putih lebih ke hadapan cara pemikiran dan gaya hidup berbanding kulit hitam. Contohnya, bangsa yang kulitnya hitam pekat, dianggap lebih dekat dengan keturunan orang hutan.

Fahaman inilah sedikit sebanyak mempengaruhi orang kulit putih menjadikan orang kulit hitam sebagai hamba abdi. Mereka berasa lebih mulia berbanding orang kulit hitam. Dalam keadaan lebih hina, orang kulit putih mendakwa orang kulit hitam masih layak dilayan seperti haiwan kerana belum berevolusi sepenuhnya menjadi manusia sempurna.

Sedangkan sebenarnya, Allah mencipta manusia berlainan bangsa dan warna kulit adalah untuk manusia saling kenal mengenali dan berkasih sayang. Manakala penilaian Allah terhadap manusia adalah berdasarkan kepada takwa.

Teori evolusi asalnya turut menyandarkan kepada alasan bahawa perbezaan genetik amat kecil antara manusia dan cimpanzi. Cimpanzi dianggap keturunan beruk yang memasuki evolusi terakhir sebelum memasuki fasa manusia purba. Penyokong teori evolusi mendakwa 99 peratus genetik manusia menyamai genetik cimpanzi.

Teori evolusi berasaskan genetik ini pada mulanya sukar dipatahkan oleh orang Islam memandangkan ahli sains Islam tidak mempunyai kemahiran tinggi tentang genetik biarpun ilmu genetik mulanya diasaskan oleh orang Islam. Pun hakikatnya, orang Islam tidak pernah dipesong oleh teori evolusi, melainkan sedikit bilangannya disebabkan kelemahan iman.

Pembohongan kaitan genetik terbongkar apabila sainstis bukan Islam yang membuat kajian mengenai genetik untuk menyokong teori evolusi menemui sebaliknya. Persamaan antara manusia dan cimpanzi dari segi genetik sebenarnya hanya sekitar 95 peratus

Kita menanti lahir ahli sains Islam yang dapat menyangkal sepanuhnya teori evolusi. Sekarang ini kita menggunakan uji kaji dijalankan ahli sains bukan Islam. Mungkin ada sesuatu yang mereka rahsiakan.

Menurut apa difirmankan Allah dalam al-Quran, ada empat cara manusia dicipta. Selain Adam dicipta daripada tanah, Hawa pula dicipta daripada tulang rusuk Adam. Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa. Sedangkan manusia lain dicipta melalui proses biasa memerlukan cantuman mani dalam rahim.

Individu Muslim tidak boleh sama sekali menerima pakai teori evolusi mengenai kejadian manusia kerana dalam al-Quran menjelaskan keturunan manusia berasal daripada Adam. Kandungan al-Quran tidak harus diragui. Mempercayai kepada al-Quran (percaya kepada kitab) adalah termasuk Rukun Iman.

Allah tidak melarang kita mengkaji kejadian alam. Diharapkan kajian yang dilakukan akan memperkuatkan tanda keimanan dan mengakui kebesaran Allah. Semakin banyak yang dikaji, semakin menemukan kehebatan ciptaan Allah.

Malangnya, bagi pengkaji kafir, semakin banyak dikaji, semakin terasa keangkuhan. Mereka bukan tidak menemui kebenaran dalam kajian, tetapi sengaja memesongkan ilmu yang diperoleh. Pengkaji kafir sengaja menafikan kebenaran kandungan al-Quran yang banyak menyebut mengenai kejadian alam.

Hampir semua tokoh komunis dan pengikutnya mempercayai mengenai teori evolusi kejadian manusia. Ini bersesuaian dengan keyakinan mereka bahawa tidak ada pencipta manusia. Alam ini terjadi sendiri melalui proses evolusi sejak beribu jutaan tahun lalu. Fahaman komunis menolak kenyataan adanya Maha Pencipta alam ini.

Proses evolusi mungkin sesuai untuk membincangkan kejadian makhluk lain. Itupun hanya satu andaian. Hanya Allah mengetahui kejadian alam ini dan seluruh isinya, bermula ia dicipta dan apa yang akan berlaku seterusnya. Allah Maha Pencipta.

Jan 17, 2011

SEJARAH @ ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN.

TITIK

titik ada dua erti;
Pertama: Sesuatu tanda yang menunjukkan "harakah" (baris),"sukun"(baris mati),"syad" (sabdu), "mad" (panjang) atau sebagainya. Titik-titik ini dipanggil oleh setengah orang dengan .(naqt al i'rab)
Kedua : Sesuatu tanda yang menunjukkan zat-zat hurufnya yang membesakan antara "mu'jamnya"dan "muhmalnya" seperti titik yang terletak pada "ba" di sebelah bawahnya dan juga "jim" dan dua titik "ta" sebelah atasnya dan begitulah seterusnya.maka titik pada huruf "ta" dan "tha" dan titik pada huruf "jim" itu membezakan dia dari huruf "ha".Titik-titik ini dipanggil . (naqt al i'jam)

BARIS:

Sesuatu tanda yang memberi "harakah"kepada huruf-huruf atau "sukun","mad" dan sebagainya.Yang demikian adalah sama ertinya dengan makna yang pertama dari "titik" atau "noktah" tadi. Baris ini dipanggil DHABT.

PENDAPAT ULAMA'

Pendapat ulama berselisihan di atas banyak qaul untuk menentukan siapa yang mula mencipta titik-titik di atas dua makna yang diterangkan di atas itu. Adakah penciptanya dengan dua maknanya itu seorang individu sahaja ataupun berlainan orangnya? yang mana satu antara keduanya yang lebih dahulu dicipta? Para ulama yang berteliti lebih condong mengatakan bahawa pencipta titik menurut maknanya yang pertama itu yakni ( naqt al i'rab ) ialah Abul Aswad Ad Duali.

Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah menulis kepada Zaid ibn Abi Zaid yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau arahkan anaknya Ubaidullah bin Zaid datang mengadapnya. Beliau dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa. Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya. Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.Setelah membaca surat itu Zaid pun memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah merosakkan bahasa Arab".

Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.Lalu Zaid menyuruh seorang lelaki duduk di tepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu, hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abul Aswad. Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca surah at-Taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul).

Tatkala Abul Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu. Beliau pun tergesa-gesa berjumpa semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda . Saya fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran, ertinya membetulkan bacaan supaya tidak berlaku "lahan". Selepas itu Abul Aswad telah memilih seorang lelaki dari qabilah Abul Qias seraya berkata kepadanya:"engkau bawa semua mushaf dan suatu bekas berisi cat yang warnanya berlainan dari warna mushaf itu. Bila aku buka kedua bibirku letakkan titik sebelah di atas huruf itu dan bila aku himpunkan keduanya hendaklah anda letakkan titik sebelah depannya dan bila aku pecahkan dia letakkan satu titik sebelah bawahnya. Bila aku turutkan "harakah" itu dengan dengung , (tanwin), letakkan dua titik" . Beliau telah memulakan usaha itu dari awal mushaf sehingga akhirnya.

ORANG PERTAMA

Diambil dari cerita tersebut bahawa orang yang mula-mula mereka titik - titik menurut maknanya yang pertama itu ( naqt i'rab ) yang sama ertinya dengan ( asyaklu ) atau ( adabthu ) ialah Abul Aswad Adduali , daripadanya timbul berbagai-bagai rekaan baru yang dicipta oleh para ulama yang kemudian dengan memasukkan pada yang asal banyak perubahan yang sesuai .

KEDUA

Adapun noktah-noktah menurut maknanya yang kedua itu maka pendapat ulama juga bersalah-salahan tentang siapa yang mula-mula merekanya.pendapat yang paling rajih ialah "Nasr b.A'sim dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar" iaitu tatkala terdapat ramai orang-orang baru dari bangsa-bangsa Ajam yang menganut agama islam, maka banyaklah berlaku salah sebutan dalam bahasa Arab dan sebutan-sebutan yang silap itu banyak digunakan orang.

Dari itu adalah sangat dibimbangi kalau-kalau kesilapan itu terserap ke dalam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, lalu Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan memerintah Gabenornya di Iraq yang bernama Hajjaj bin Yusof supaya berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan salah sebutan itu agar tidak tebawa-bawa ke dalam Al-quran. Al-Hajjaj pun menanggungkan tugas itu ke atas Nasr bin A'sim dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar, dua orang pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya termasuk ilmu qiraat.

Kedua-dua mereka tidak dapat mengelakkan diri dari menerima tugas itu memandangkan kepada maslahat umum demi keutuhan kitab suci Al-quran Mereka berdua pun mulai melaksanakan arahan itu dengan mencipta noktah-noktah untuk membezakan di antara huruf-huruf dan dengan demikian akan terpeliharalah Al-quran dari salah sebutan nahu.Noktah-noktah ini ditulis dengan dakwat yang warnanya bersamaan dengan warna tulisan mushaf itu supaya berbeza dari titik -titik yang direka oleh Abul Aswad Adduali.

KESIMPULANNYA

Diambil dari kisah ini dan kisah yang dahulu bahawa noktah-noktah menurut maknanya yang pertama itu adalah dahulu penciptaanya dari noktah-noktah menurut maknanya yang kedua, kerana zaman Zaid terdahulu dari zaman Al-Hajjaj kemudian dalam pemerintahan Abbasiah lahir Imam An Nahri Al-kholil bin Ahmad Al-Basri . Beliau telah mengubah noktah-noktah yang direka oleh Abul Aswad dan dijadikan di atas bentuk yang digunakan sekarang. Para ulama berkata tidak mengapa dilakukan yang demikian kerana ia menjadi cahaya yang dapat menerangkan para pembaca, kemudian dilakukan pula pembaharuan dengan membubuh titik-titik di akhir ayat-ayat.

Jan 16, 2011

Yahudi promosi al-Quran baru

TEL AVIV: Organisasi Yahudi, Yad Lahim, bertindak biadap dengan menerbitkan risalah setebal 222 muka surat yang digelar mereka ‘al-Quran baru’ bertujuan menyebarkan ‘mesej baru al-Quran’ itu kepada sesiapa yang ingin mengetahui kandungan sebenar al-Quran dan hadis.

Asia News melaporkan, bagi tujuan itu, organisasi berkenaan mewujudkan telefon bebas tol dan mendirikan dua pusat penerangan di Tel Aviv dan Baitulmaqdis Barat serta menerbitkan video mengenai kedudukan wanita dalam Islam yang digambarkan sebagai golongan yang patuh membuta tuli dan diberi layanan buruk.

Kandungan risalah itu jelas tidak mengiktiraf doktrin Islam yang diturunkan dari syurga malah mendakwa al-Quran ditulis secara langsung oleh Nabi Muhammad.

Bagi umat Islam, keajaiban paling hebat dalam al-Quran ialah apabila Nabi Muhammad menghafal surah yang dibacakan kepada baginda oleh Jibril.

Yad Lahim mendakwa tindakan mereka itu bertujuan membantu umat Islam yang salah faham mengenai al-Quran sebenar dan membongkar idea beracun yang berada dalam masyarakat Islam.

Penduduk Islam lantas melontarkan bantahan keras terhadap risalah terbitan organisasi itu kerana ia fitnah dan merendah-rendahkan al-Quran asal dan diterbitkan bertujuan mencetuskan keraguan mengenai kepercayaan asal umat Islam.

Mufti Baitulmaqdis, Sheikh Akrama Sabri, cuba meredakan ketegangan itu dengan berkata itu bukan kali pertama ia dilakukan dan cubaan seumpama itu tidak pernah berjaya.

Dia meluahkan keyakinannya tidak akan ada seorang pun berjaya merosakkan keaslian al-Quran kerana ia dilindungi Allah. – Agensi
________________________________________
© Copy right 1999 2003. All right reserved.

Jan 15, 2011

Baca al-Quran mampu tangkis sifat negatif

KUALA LUMPUR: Pembacaan al-Quran sebelum memulakan sesi pembelajaran di setiap sekolah satu usaha tepat menerapkan nilai murni di kalangan pelajar, sekali gus dapat menangkis sifat negatif kian menular dalam diri pelajar Islam.

Pensyarah Kanan Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran, berkata langkah bakal dijalankan di Terengganu mulai tahun depan yang menghendaki sesi persekolahan harian dimulakan dengan 10 minit bacaan al-Quran inisiatif terbaik dan wajar diseragamkan di seluruh negara.


Menurutnya, dengan memulakan sesi pembelajaran dengan bacaan al-Quran dipandu tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan bukan saja dalam bacaan, malah memahami setiap maksud ayat akan memberikan ketenangan emosi dalam menimba ilmu yang menjadi tuntutan agama.

“Apa yang penting pelajar memahami maksud bacaan ayat al-Quran kerana melalui kaedah terbabit akan lahir pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan berpengetahuan tinggi dalam aspek agama,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

sumber; hmetro.com.my

Menguasai bahasa al-Quran

JIKA seseorang dapat menguasai lebih daripada satu bahasa ia adalah bonus kerana berpeluang mendalami pelbagai bidang ilmu.

Bahasa Inggeris contohnya, digunakan secara meluas dan menjadi begitu penting untuk dikuasai kerana banyak kajian saintifik dan ilmu penting lain dibukukan menggunakan bahasa itu.

Begitu juga dengan bahasa Arab yang dituturkan lebih 200 juta orang di seluruh dunia.

Kepentingan menguasai bahasa Arab tidak boleh dipandang ringan kerana ia adalah bahasa al-Quran.


Sebagai umat Islam kita perlu melengkapkan diri kita dengan cabang ilmu yang supaya dapat menjadi umat yang berjaya.


Untuk menguasai kemahiran bahasa, seseorang itu perlu rajin bertutur, membaca dan menulis bahan bacaan.

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) menganjurkan Program Pengajian Bersijil Bahasa Arab (PPBBA) selama empat semester.

Ia bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk �menyertai dan mempelajari bahasa berkenaan sebagai persiapan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bahasa Arab.

Penyelaras PPBBA Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, Suhaida Shaafee, berkata seramai 33 peserta mengikuti program berkenaan sejak ia diperkenalkan.

“Semua yang menyertai program ini baru saja menduduki peperiksaan semester satu dan akan meneruskan pengajian berikutnya sehingga selesai empat semester.

“Bayaran dikenakan hanya RM140 bagi setiap semester. Selepas berjaya menamatkan pengajian, mereka akan dianugerahkan sijil,” katanya.

Beliau berkata program berkenaan dibimbing dua pensyarah Kuis, Mohamed Mat Dris Malaysia dan Yaakob Hasan.

Norashikin Abu Bakar, 39, menyifatkan program pengajian sepanjang hayat itu sungguh berfaedah.

“Program ini meningkatkan kefahaman dalam bahasa Arab. Saya juga akan
berusaha menuturkannya sebagai bahasa perbualan di rumah.

“Selain itu, saya berhasrat untuk memberi galakan serta pendedahan kepada anak didik di taman asuhan di tempat saya bertugas supaya mereka minat mempelajarinya,” katanya.

Rosdi Ahmad, 45, berkata mempelajari bahasa adalah sesuatu yang menyeronokkan dan boleh dikuasai dalam masa singkat jika seseorang itu rajin.

“Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan akan dituturkan penghuni di dalam syurga kelak. Tidak kira usia, kita semua boleh mula belajar sedikit demi sebelum menguasainya dengan baik“Selepas ini, dalam perbualan asas harian saya akan cuba bertutur dalam bahasa Arab bersama anak-anak bagi memupuk minat menguasainya,” katanya.

sumber hmetro.com.my/

“The Series Of The Scientific Miracles In Qur’an”

Satu kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya “The Series Of The Scientific Miracles In Qur’an” memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Qur’an yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW.


Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :

Solat – 5 kali

Dunia - 115 Kali : Akhirat – 115 Kali

Malaikat – 88 Kali : Syaitan – 88 kali

Hidup – 145 Kali : Mati – 145 Kali

Faedah – 50 Kali : Kerugian – 50 Kali

Ummah – 50 Kali : Penyampai – 50 Kali

Bala/Musibah – 75 Kali : Bersyukur – 75 Kali :

Bersedekah – 73 Kali : Berpuashati – 73 Kali

Orang Sesat – 17 Kali : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali

Muslimin – 41 Kali : Jihad – 41 Kali

Emas – 8 Kali : Kemurahan Hidup – 8 Kali

Keajaiban – 60 Kali : Fitnah – 60 Kali

Zakat – 32 Kali : Berkat – 32 Kali

Minda – 49 Kali : Nur – 49 kali

Lidah – 25 Kali : Sumpah – 25 Kali

Nafsu – 8 Kali : Ketakutan – 8 Kali

Kesusahan – 114 Kali : Kesabaran – 114 Kali

Muhammad – 4 kali : Syariat – 4 Kali

Lelaki – 24 Kali : Perempuan – 24 Kali

Bulan – 12 Kali : Hari – 365 Kali

Lautan – 32 Kali : Daratan – 13 Kali

Iblis (Penghulu Syaitan)-11 Kali : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali

Bercakap di khalayak – 18 Kali : Berdakwah – 18 Kali

adakah ia satu kebetulan..tidak mungkin...
pasti ada hikmah disebalik angka tersebut..

"al-quran palsu"

Apabila saudara-saudari hendak membeli Al-Quran terutama edisi yang baru, maka berhati-hatilah kerana terdapat 4 surah palsu hasil ciptaan kafir laknatullah..surah-surah tersebut adalah :

1]. Al-Iman
2]. Al-Wasaya
3]. At-Tajassud
4]. Al-Muslimuun



berikut terjemahan surah-surah yang dimaksudkan (bahasa indonesia);

SURAT AL-IMAN (KEPERCAYAAN)

1. Ceritera tentang beberapa pengikut dalam kitab, pada saat badai menghantamnya saat mereka sedang berlayar.
2. Kemudian mereka melihat bayangan Kristus berjalan diatas air. Mereka lalu berkata : Apakah Tuhan kita itu sedang menertawakan kita atau kita yang sedang gila ?.
3. Lalu terdengar suara aneh yang berkata : jangan takut ini aku,apakah kamu tidak melihat ?
4. Maka, satu dari mereka berteriak : Tuhanku, bimbinglah aku, jika Kau memang disini, untuk berjalan diatas air. Ya Allah jadikanlah keraguanku ini menjadi sesuatu yang pasti.
5. Dia (Allah) berkata padanya : kemarilah dan jadilah mukjizat/keajaiban yang akan selalu diingat.
6. Dan mulailah sang pengikut/umat tersebut berjalan, dia lalu lihat betapa kencangnya badai yang datang sehingga dia menjadi takut akan tenggelam, lalu dia berteriak lagi kepada Tuhannya untuk minta pertolongan.
7. Dan Dia mengeluarkan tangan-Nya dan merengkuhnya sambil berkata :Oh? Kamu mempunyai sedikit kepercayaan, itulah hadiah/pahala bagi kamu sekalian yang ragu.
8. &nbs p; Dan segera setelah Dia pergi dengannya dengan kapal tersebut,badai reda dan si pengikut ini mengucapkan terimakasih pada-Nya dan berkata :
9. Kau adalah benar-benar anak Tuhan; dalam dirimu kami percaya dan di depan-Mu kami berlutut.
10. Dia berkata : Suka cita adalah untuk mereka yang percaya tanpa mencampur adukkan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang meragukan.Itulah keberhasilan yang sebenarnya.


SURAT AT-TAJASSUD (PENJELMAAN)

1. Puji syukur kepada-Nya yang telah menciptakan sorga yang tanpa batas.
2. Dia ciptakan bumi yang sebagian terdiri dari air dan sebagian lagi tanah.
3. Katakan pada orang-orang yang telah diperdaya oleh ajakan syetan : pikiranmu telah dibutakan sehingga kamu menuduh bahwa Allah itu keliru dan menjadi pengikut syetan.
4. Syetan akan selalu menjadi musuh yang paling besar bagi manusia.
5. Jika Allah menghendaki, Dia bisa membuat seorang anak dari batu, seperti yang telah Dia katakan pada alam ini : jadilah, maka akan jadi mustahil bagi Allah bahwa Dia harus mengkonsultasikan keputusan-Nya dengan orang lain.
6. Mustahil bagi Allah bahwa Dia harus mengambil satu dari mahluknya sebagai anak.
7. ; Katakan pada orang-orang yang masih meragukan apa yang telah diberitakan sebelumnya ; Kristus adalah bukan makhluk Allah, dia telah bersama Allah pada awalnya dan akan selalu bersama-Nya.
8. Dalam Dia (Allah) dan dari Dia, dia (Kristus) berasal, bersama dengan jiwa-Nya, satu Tuhan, abadi, satu dan tidak lebih dari satu.
9. Seperti seorang ayah yang mengirimnya kepada umat manusia seperti yang telah Dia janjikan.
10. Dia tiupkan/turunkan se perti sabda kedalam rahim seorang perawan yang akan lahir sebagai manusia

11. Dia berbaur dengan manusia biasa, berwujud seperti manusia, mati sebagai pengorbanan atas nama manusia dan seperti manusia, juga dia dikuburkan (dimakamkan.)
12. Dan seperti Bapa yang ada di Surga, setelah 3(tiga) hari dia naik.
13. Bagi siapa yang tidak percaya keajaiban-Nya, dan mengatakan hal-hal yang buruk tentang-Nya.
14. Allah tidak akan melepas kanmu dari kemurkaan-Nya.
15. Tapi bagi siapa yang percaya pada-Nya dan pada Almasih-Nya, mereka akan mendapatkan pengampunan dan surga dimana mereka hidup abadi.


SURAT AL-MUSLIMUUN (ORANG-ORANG YANG BERSERAH DIRI)

1. Alief lam saad miim.
2. Katakanlah : Hai kaum muslimin, kamu sekalian sudah tersesat jauh.
3. Bagi yang tidak percaya kepada Allah dan Kristus-Nya, akan menikmati hari akhirnya dalam kobaran api dan siksaan yang pedih.
4. Beberapa wajah pada hari itu akan terlihat memelas dan ketakutan mencari pengampunan dari Allah dan Allah akan menolong apa yang Dia inginkan (untuk ditolong).
5. &nbs p; Pada hari itu Sang Maha Pengampun berkata : Hai umat-Ku, Aku telah mengarunia kan padamu petunjuk dalam Taurat dan Injil.
6. Dan kamu seharusnya tidak memungkiri apa yang telah Aku perintahkan kepadamu dan menyesatkan diri dari jalan yang benar.
7. Mereka berkata : kami tidak tersesat sendiri tapi dia (Muhammad) yang telah dijadikan salah satu utusan (Allah) telah salah memimpin kami.
8. Dan Allah berkata : Hai Muhammad, kau telah membujuk umat-Ku dan menyebab kan mereka tidak mempercayai.
9. Dia berkata : ya Tuhanku, adalah syetan yang telah membujukku dan sebenar nya akan selalu mengganggu anak-cucu Adam.
10. Dan Allah akan mengampuni orang-orang yang telah terbujuk dan lalu menyesal dan dia akan memaksa dia yang telah terbujuk oleh syetan, yang menyedihkan.
11. Dan jika Allah memerintahkan sesuatu, Dialah y ang paling tahu apa yang diperintahkan dan Dia dapat melakukan segalanya.

panduan / tips menghafaz al-quran

SEBELUM MENGHAFAZ
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafaz
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz
4. Berada dalam keadaan tenang
5. Tenangkan pikiran sebelum menghafaz
6. Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah dengan jenis mushaf lain
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mulai menghafaz

TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAZ

A. Teknik “Chunking” (potongan-potongan)

* Mengelompokan ayat yang panjang dalam beberapa bagian yang memang sesuai mengikuti arahan guru atawa ustadz, jika belajar bersama mereka
* Mengelompokan awal surat pada beberapa bagian (2 atau 3 bagian) yang sesuai
* Mengelompokan surat dalam beberapa bagian, contohnya mengikut pertukaran cerita
* Mengelompokan juz kepada beberapa bagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya
* Mengelompokan kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya

B. Teknik Mengulang

* Membaca sepotong atau sebagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulai menghafaznya
* Membaca ayat yang telah dihafaz berulang-ulang kali (10 atau lebih)
* sebelum berpindah ke ayat seterusnya
* Selepas menghafaz setiap setengah halaman, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bagian yang setengah halaman lagi
* Sebelum menghafaz bagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bagian yang sebelumnya.

C. Teknik Menghafaz Dengan Teman

* Pilih seorang teman yang sama-sama berminat
* Orang pertama membaca dan disimak oleh orang kedua
* Orang kedua membaca dan disimak oleh orang pertarna
* Saling menyebut ayat antara satu sama lain

E. Teknik Mendengar Kaset/CD

* Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Alquran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu
* Sebelum mulai menghafaz, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafaz beberapa kali
* Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di pikiran
* Mulai menghafaz ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut
* Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Alquran dan kurangi atau tinggalkan mendengerkan lagu-lagu kerana akan mengganggu penghafazan

F. Teknik Merakam

* Rakam bacaan kita di dalam kaset dan dengarkan lagi untuk memastikan bacaan dan hafazan yang betul
* Bagi kanak-kanak, rakam bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut
* Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafaznya

G. Teknik Menulis

* Tulis kembali surat yang telah dihafaz. Kemudian cek lagi dengan mushaf.
* Menulis setiap ayat pertama awal surat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.

MEMELIHARA HAFAZAN

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika dalam perjalanan, selepas azan dan lain-lain lagi
3. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya
4. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam
5. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk
6. Menulis setiap ayat yang mutasyabih

Jan 14, 2011

AL-QURAN DAN PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)

Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan.

Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan.

Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

Jan 13, 2011

tanda - tanda qiamat /kiamat

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

H.R Muslimi

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit
2. Dajjal
3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini.

Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu.

Jan 12, 2011

al-quran dan dunia

Saintis mengatakan dunia ini terdiri dari tanah dan air, mereka mendapati air adalah sebanyak 71% dan tanah adalah sebanyak 29%.

Al-Quran juga banyak kali menyebuut mengenai air dan tanah. Setelah membuat pengiraan didapati ayat alquran mengenai air ada sebanyak 32 kali dan tanah sebanyak 13 kali.

Dan dengan menggunakan pengiraan matematik yang mudah

Air + tanah = 32 + 13 =45

Peratusan air,

32/45 X 100 = 71.1111111

Peratusan tanah,

13/45 X 100 = 28.888889

Apabila dibundarkan ke nombor bulat, dapatlah peratus bagi air dan tanah. Tidakkah kita sedar bahawa sememangnya al-Quran itu memang benar dari Allah pencipta dunia, sebagai petunjuk dan panduan kepada seluruh Alam.

al-quran sebagai hantaran perkahwinan

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan
menerime hantaran..sekadar renungan..


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna
keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah
kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu
kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat
hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu
AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh
Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa
arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya
dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat”
tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah
menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan
40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak
bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh
dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik
menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak
Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar
hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik”
tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda.
Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan
selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah
tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik.
Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi”
senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu
keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil
meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan
kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek.
Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara
yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar
menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja
sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai
gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang
dipandangnya dihadapan.
Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak
Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.
Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..”
jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat
kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan
pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai
mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang
dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling
menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin
berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan
diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang
kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya
berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d”
kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih
hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa
benda nih”
detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA..
RIII..!!”
berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang
keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air
mata menahan
kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa
Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin
berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari
di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM...
RAA..”
kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.
Orang
ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan
irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan
merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya
hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah
lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina
ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat
tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang
muslim”
tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara
penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada
gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca.
Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama,
kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan
menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu
orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab
petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran
itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan
AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang
yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan
sebagainya..”
penutup Ustaz Sa’ad
sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran
yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari
kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita
belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.
SMS dari ustaz Sa’ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Jan 11, 2011

kesan bacaan al-quran dalam penyembuhan penyakit

Sekumpulan saintis selama lebih dari setengah abad melakukan ujikaji terhadap kesan suara pada sel manusia yang sihat dan sakit, dan mereka menyimpulkan bahawa beberapa frekuensi suara dapat mempengaruhi sel-sel kanser lalu meledakkannya, dan pada masa yang sama memberikan pengaruh pada sel-sel sihat dan meningkatkan aktivitinya!

Sel Kanser diaktifkan oleh adanya suara tertentu
Eksperimen ini menunjukkan bahawa ketika kita mendengarkan satu perkataan (firman Allah) sel-sel darah memberikan kekebalan dan memberikan pengaruh dan ketika mendapatkan beberapa kata (ayat-ayat) tertentu maka akan lebih banyak aktif dan tahan terhadap penyakit, dan telah dibuktikan bahawa suara pesakit sendiri adalah yang paling banyak memberikan pengaruh!

Beberapa informasi penyembuhan
Setiap ayat Al-Quran pada hakikatnya memiliki informasi penyembuhan spesifik pada penyakit tertentu, dan untuk menjamin pemindahan informasi ini ke berbagai sel-sel tubuh untuk menjadi perantara, dan media terbaik untuk itu adalah air, madu dan minyak zaitun, semuanya merupakan media yang diberkahi, sebagaimana Allah telah memberikan informasi khusus tentang penyembuhan, namun jika kita cari dengan suara AlQuran, maka tingkat tenaga akan bertambah dan menyimpan informasi pemulihan lalu mentransfernya ke sel-sel tubuh, dan ini yang akan meningkatkan kemungkinan penyembuhan, Insya Allah.

al-quran sebagai penawar

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim


Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

bloging-alquran bergerak

salam untuk para sahabat pelawat semua, sudah lama saya tidak masuk sini, ada sibut la sikit, sebagai muhasabah diri saya dan rakan-rakan sekelian,cuba kita tanya diri sendiri beberapa soalan

1.sudahkah aku membaca alquran hari ni?
2. adakah aku faham apa yang aku baca tu?
3. aku buat ke tak apa yang aku faham dari al-quran?
4.kalau sudah semuanya, itu sajakah apa yang perlu aku buat?
5.sudahkah aku tolong orang lain memahaminya juga?
6.tidak kesiankah aku pada orang lain yang tidak memahami al-quran?

semua soalan-soalan tu, perlu dijawab secara jujur dan ikhlas, bukan tujuan mencari kesalahan tetapi ingin mencari titik perubahan pada diri sendiri..

ini saya kongsi sedikit apa yang saya baca dari blog yang ramai orang takut..hehe..dia cerita pasal al-quran bergerak..


Sekarang, marilah kita check diri masing masing, sejauh mana sifat “al-Quran yang bergerak” itu, ada dalam diri kita..

Kita semua tahu, sebagai rujukan asas, Mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak” mempunyai ciri seperti:

1)Apabila bercakap dengan mereka, iman akan meningkat,

2)Apabila terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat,

3)Apabila terkenang akan mereka, maka terus tergambar kehidupan akhirat..

tapi sekarang, kita check diri masing masing, ada tak sifat “al-Quran yang bergerak” itu dalam diri kita..?

1)Apabila orang bercakap dengan kita, ada iman mereka akan meningkat?, lagi syirik dibuatnya sebab pengetahuan tentang perkara yang sia-sia bertambah, kisah sport rim, carta lagu, keputusan bola, ulasan filem, politik sampah dan keburukan orang.., itu yang kita bincangkan..oh..

2)Apabila orang terlihat kita, maka terus teringat tentang bola, filem, fesyen, resepi, dan juga kisah baru seperti parti seteru kita ada buat silap yang baru… mari kita bincangkan.., sedang dua ekorpun belum solat lagi.., hampeh!

3)Dan apabila orang terkenang akan kita, ada mereka ingat akhirat?.., mungkin yang sedang ingat akhirat lalu teringat tentang kita terus tukar igiminasi kepada dunia..oh.., teringat hutang kita yang belum dibayar berangkali? Oh..

Jadi, janganlah mendabik dada penuh riak yang korang ni pejuang islam menjerit takbir di pesta demotrasi, sedangkan sifat “al-Quran yang bergerak” sudah lama membeku dalam diri.., solat jemaah selamba tinggal, janggut takde, bercakap tentang keburukkan parti lawan lebih banyak dari bercakap tentang kebesaran Allah.., langsung takde nur iman! (Nur-kasih jer banyak…)

Jadi semua kena islah diri masing masing.., sejauh mana “al-Quran yang bergerak” ada dalam diri kita..?, kenapa kawan kawan keliling kita lebih suka bercakap tentang dunia daripada akhirat bila berjumpa dengan kita.., kenapa kawan kawan kapir kita takde keinginan masuk islam bila tengok kita.., fikir..fikir..

Jadi sampai situ sajer aku membebel, dan aku memang pernah berjumpa dengan “al-Quran yang bergerak”, yang berjalan ke sana ke mari…, iaitu mereka yang apabila aku bercakap dengan mereka, iman aku akan meningkat, Apabila aku terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat, oh…, dan apabila aku terkenang akan mereka, maka terus tergambar kehidupan akhirat.. oh..

Tapi sayang, bilangan mereka sikit sangat.., dan mereka kelihatan asing dalam dunia ummat islam sendiri, jika mereka datang ke masjid serta surau, di kebanyakkan tempat, mereka dihalau seperti anjing…, mereka dihalau seperti pengemis hanya kerana mereka mengemis ummat akhir zaman agar kembali kepada Allah..

Pakcik.., teruskanlah bergerak keseluruh dunia dalam usaha menjadikan ummat islam sebagai “al-Quran yang bergerak”.., satu hari nanti, keretamayat akan bergerak mengambil jenazah pakcik yang tidak bergerak lagi… isk..