Jan 15, 2011

Menguasai bahasa al-Quran

JIKA seseorang dapat menguasai lebih daripada satu bahasa ia adalah bonus kerana berpeluang mendalami pelbagai bidang ilmu.

Bahasa Inggeris contohnya, digunakan secara meluas dan menjadi begitu penting untuk dikuasai kerana banyak kajian saintifik dan ilmu penting lain dibukukan menggunakan bahasa itu.

Begitu juga dengan bahasa Arab yang dituturkan lebih 200 juta orang di seluruh dunia.

Kepentingan menguasai bahasa Arab tidak boleh dipandang ringan kerana ia adalah bahasa al-Quran.


Sebagai umat Islam kita perlu melengkapkan diri kita dengan cabang ilmu yang supaya dapat menjadi umat yang berjaya.


Untuk menguasai kemahiran bahasa, seseorang itu perlu rajin bertutur, membaca dan menulis bahan bacaan.

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) menganjurkan Program Pengajian Bersijil Bahasa Arab (PPBBA) selama empat semester.

Ia bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk �menyertai dan mempelajari bahasa berkenaan sebagai persiapan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bahasa Arab.

Penyelaras PPBBA Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, Suhaida Shaafee, berkata seramai 33 peserta mengikuti program berkenaan sejak ia diperkenalkan.

“Semua yang menyertai program ini baru saja menduduki peperiksaan semester satu dan akan meneruskan pengajian berikutnya sehingga selesai empat semester.

“Bayaran dikenakan hanya RM140 bagi setiap semester. Selepas berjaya menamatkan pengajian, mereka akan dianugerahkan sijil,” katanya.

Beliau berkata program berkenaan dibimbing dua pensyarah Kuis, Mohamed Mat Dris Malaysia dan Yaakob Hasan.

Norashikin Abu Bakar, 39, menyifatkan program pengajian sepanjang hayat itu sungguh berfaedah.

“Program ini meningkatkan kefahaman dalam bahasa Arab. Saya juga akan
berusaha menuturkannya sebagai bahasa perbualan di rumah.

“Selain itu, saya berhasrat untuk memberi galakan serta pendedahan kepada anak didik di taman asuhan di tempat saya bertugas supaya mereka minat mempelajarinya,” katanya.

Rosdi Ahmad, 45, berkata mempelajari bahasa adalah sesuatu yang menyeronokkan dan boleh dikuasai dalam masa singkat jika seseorang itu rajin.

“Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan akan dituturkan penghuni di dalam syurga kelak. Tidak kira usia, kita semua boleh mula belajar sedikit demi sebelum menguasainya dengan baik“Selepas ini, dalam perbualan asas harian saya akan cuba bertutur dalam bahasa Arab bersama anak-anak bagi memupuk minat menguasainya,” katanya.

sumber hmetro.com.my/

No comments:

Post a Comment

terima kasih